Thursday, September 2, 2010

AKRABMAS MENAWARKAN PELBAGAI PERKHIDMATAN MENARIK!


 SALAM SEJAHTERA SEMUA!
 
  • AKRAB MULTI AGRO & SERVICES (AKRABMAS) MERUPAKAN SEBUAH SYARIKAT BUMIPUTRA YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN PENTERNAKAN DAN MEMBEKAL AYAM KAMPONG HIDUP (ANAK & DEWASA) DAN YANG TELAH DIPROSES (DILADANG) SERTA MAKANAN (STARTER GROWER) JUGA UBAT-UBATAN PADA HARGA BORONG.
  • KAMI JUGA SEDIA MEMBERI PERKHIDMATAN PAKEJ INTEGRASI LATIHAN/ KURSUS SERTA KHIDMAT NASIHAT KHUSUSNYA DALAM BIDANG PENTERNAKAN AYAM KAMPONG UNTUK TUJUAN KOMERSIL.
  • KAMI JUGA SEDIA MEMBERI KHIDMAT BEKALAN KEPADA SEMUA JENIS PELANGGAN (PERSAORANGAN, KEDAI RUNCIT/MINI MARKET, KANTIN/WARUNG/ KEDAI MAKAN/RESTORAN, KATERER & SEBAGAINYA) DAN MENYEDIAKAN KHIDMAT PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK PELANGGAN SEKITAR SUNGAI BULOH (TERTAKLUK KEPADA SYARAT JUMLAH TEMPAHAN MINIMA) PADA HARGA BORONG MENGIKUT PASARAN.
  • KAMI JUGA MENGALU-ALUKAN KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENJADI WAKIL PENJUAL/PERUNCIT (BERSYARAT).

                      $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Monday, August 30, 2010

ADAKAH BENAR AYAM KAMPUNG MAHAL?

GAMBAR 1 - AYAM KAMPUNG GORENG YANG MENJADI KEGEMARAN PADA MASA SEKARANG


Rata-rata harga ayam kampung yang berada dalam pasaran boleh dikatakan mahal jika dibandingkan dengan harga ayam daging.  Sebagai contoh harga sekilo ayam daging ialah RM6.50 berbanding RM10-RM15 perkilo bagi ayam kampung. 

Harga ayam daging dijangka meningkat sehingga RM7.00/kg, tetapi masyarakat masih boleh menerima harga tersebut. Walaupun harga perkilo ayam daging meningkat sehingga RM12.00/kg rasanya harga tersebut tidak menjadi masalah langsung kepada pengguna. Kenapa tiada usaha yang diambil oleh pengusaha ayam kampung untuk mengambil kesempatan mengalih pengguna untuk memilih ayam kampung.

Dari segi pemasaran, pengguna di negara ini belum lagi didedahkan sepenuhnya mengenai kebaikan ayam kampung khususnya dari segi kualiti dan keasliannya (tanpa suntikan dan bebas bahan kimia). Ayam daging seolah-olah tiada persaingan sedangkan ayam kampung berpotensi untuk menjadi pilihan utama sekiranya pengguna mempunyai kesedaran tentang kebaikan menjadikan ayam kampung pilihan hidangan yang utama.

Pengusaha ayam kampung perlulah mempunyai perancangan yang strategik iaitu menyusun promosi untuk menggalakkan pengguna memilih ayam kampung.  Pertama, pengusaha perlu bersedia menurunkan harga ayam untuk menarik atau meningkatkan penjualan.  Kedua, berusaha mengurangkan kos pengeluaran per ayam. Ketiga, mengenalpasti pasaran yang lebih luas dan berpotensi untuk pengusaha meningkatkan kuantiti pengeluaran ladang.

Yang paling utama, pengusaha-pengusaha ayam kampung mestilah berhubung antara satu sama lain dari semasa ke semasa.  Kerjasama yang strategik dapat memberi impak positif dan jangka panjang kepada perusahaan ayam kampung seperti pengurangan kos pengeluaran, meningkatkan kesedaran tentang kebaikan ayam kampung serta mampu meningkatkan penjualan ayam kampung. 

AKRABMAS MAJU SETAPAK DALAM SEKTOR PERLADANGAN

AKRAB Multi Agro & Services (AKRABMAS) berjaya melangkah ke dalam bidang penternakan ayam kampung secara komersil. AKRABMAS sebelum ini telah terlibat dengan beberapa projek perladangan seperti penternakan lembu tempatan, kambing import, perusahaan ikan keli dan penanaman serai, AKRABMAS kini merancang menjadi pembekal utama ayam kampung untuk memenuhi permintaan pasaran.

AKRABMAS melihat ke hadapan di mana pasaran ayam kampung akan meningkat dengan drastik apabila pengeluaran ayam kampung dapat memenuhi permintaan.  Dengan kelebihan yang dimiliki ayam kampung terutama dari segi keaslian daging dan zero-risiko-kesihatan, ayam kampung dijangka menjadi pilihan utama pengguna di negara ini.

Ini jelas apabila AKRABMAS pada masa sekarang membekalkan 1,000 ekor ayam kampung ori yang diproses setiap 3 hari untuk memenuhi permintaan oleh sebuah syarikat bertaraf antarabangsa. Ini tidak termasuk permintaan yang diterima daripada orang perseorangan, peniaga-peniaga makanan, pengusaha restoren serta katerer dengan purata 300 ekor sehari.

AKRABMAS bercadang untuk membuka peluang kepada individu atau pihak-pihak yang berminat untuk menyertai Program Perintis Penternak Ayam di bawah AKRABMAS dalam usaha untuk meningkatkan pengeluaran ayam kampung.  Dengan memastikan pengeluaran ayam kampung tidak terganggu, AKRABMAS yakin untuk meningkatkan jualan kepada sektor-sektor yang memerlukan.  InsyaAllah, dengan perancangan yang sistematik serta usaha yang berterusan, bukan sahaja AKRABMAS akan memperolehi keuntungan tetapi juga peserta Program Perintis yang bernaung di bawahnya.  Maklumat berkaitan Program Perintis tersebut akan disiarkan tidak lama lagi selepas semua perancangan telah tersusun.