Monday, August 30, 2010

ADAKAH BENAR AYAM KAMPUNG MAHAL?

GAMBAR 1 - AYAM KAMPUNG GORENG YANG MENJADI KEGEMARAN PADA MASA SEKARANG


Rata-rata harga ayam kampung yang berada dalam pasaran boleh dikatakan mahal jika dibandingkan dengan harga ayam daging.  Sebagai contoh harga sekilo ayam daging ialah RM6.50 berbanding RM10-RM15 perkilo bagi ayam kampung. 

Harga ayam daging dijangka meningkat sehingga RM7.00/kg, tetapi masyarakat masih boleh menerima harga tersebut. Walaupun harga perkilo ayam daging meningkat sehingga RM12.00/kg rasanya harga tersebut tidak menjadi masalah langsung kepada pengguna. Kenapa tiada usaha yang diambil oleh pengusaha ayam kampung untuk mengambil kesempatan mengalih pengguna untuk memilih ayam kampung.

Dari segi pemasaran, pengguna di negara ini belum lagi didedahkan sepenuhnya mengenai kebaikan ayam kampung khususnya dari segi kualiti dan keasliannya (tanpa suntikan dan bebas bahan kimia). Ayam daging seolah-olah tiada persaingan sedangkan ayam kampung berpotensi untuk menjadi pilihan utama sekiranya pengguna mempunyai kesedaran tentang kebaikan menjadikan ayam kampung pilihan hidangan yang utama.

Pengusaha ayam kampung perlulah mempunyai perancangan yang strategik iaitu menyusun promosi untuk menggalakkan pengguna memilih ayam kampung.  Pertama, pengusaha perlu bersedia menurunkan harga ayam untuk menarik atau meningkatkan penjualan.  Kedua, berusaha mengurangkan kos pengeluaran per ayam. Ketiga, mengenalpasti pasaran yang lebih luas dan berpotensi untuk pengusaha meningkatkan kuantiti pengeluaran ladang.

Yang paling utama, pengusaha-pengusaha ayam kampung mestilah berhubung antara satu sama lain dari semasa ke semasa.  Kerjasama yang strategik dapat memberi impak positif dan jangka panjang kepada perusahaan ayam kampung seperti pengurangan kos pengeluaran, meningkatkan kesedaran tentang kebaikan ayam kampung serta mampu meningkatkan penjualan ayam kampung. 

No comments:

Post a Comment