Monday, August 30, 2010

AKRABMAS MAJU SETAPAK DALAM SEKTOR PERLADANGAN

AKRAB Multi Agro & Services (AKRABMAS) berjaya melangkah ke dalam bidang penternakan ayam kampung secara komersil. AKRABMAS sebelum ini telah terlibat dengan beberapa projek perladangan seperti penternakan lembu tempatan, kambing import, perusahaan ikan keli dan penanaman serai, AKRABMAS kini merancang menjadi pembekal utama ayam kampung untuk memenuhi permintaan pasaran.

AKRABMAS melihat ke hadapan di mana pasaran ayam kampung akan meningkat dengan drastik apabila pengeluaran ayam kampung dapat memenuhi permintaan.  Dengan kelebihan yang dimiliki ayam kampung terutama dari segi keaslian daging dan zero-risiko-kesihatan, ayam kampung dijangka menjadi pilihan utama pengguna di negara ini.

Ini jelas apabila AKRABMAS pada masa sekarang membekalkan 1,000 ekor ayam kampung ori yang diproses setiap 3 hari untuk memenuhi permintaan oleh sebuah syarikat bertaraf antarabangsa. Ini tidak termasuk permintaan yang diterima daripada orang perseorangan, peniaga-peniaga makanan, pengusaha restoren serta katerer dengan purata 300 ekor sehari.

AKRABMAS bercadang untuk membuka peluang kepada individu atau pihak-pihak yang berminat untuk menyertai Program Perintis Penternak Ayam di bawah AKRABMAS dalam usaha untuk meningkatkan pengeluaran ayam kampung.  Dengan memastikan pengeluaran ayam kampung tidak terganggu, AKRABMAS yakin untuk meningkatkan jualan kepada sektor-sektor yang memerlukan.  InsyaAllah, dengan perancangan yang sistematik serta usaha yang berterusan, bukan sahaja AKRABMAS akan memperolehi keuntungan tetapi juga peserta Program Perintis yang bernaung di bawahnya.  Maklumat berkaitan Program Perintis tersebut akan disiarkan tidak lama lagi selepas semua perancangan telah tersusun.  

1 comment:

  1. Tahniah AKRABMAS, kalu berminat sertai Program Perantis apa syarat2nya ye...

    ReplyDelete